Monday, May 30, 2011

:: بلغ عني ولو آية ::

~Macam mana kita nak ajak orang-orang disekeliling kita TAHU apa yang sepatutnya diorng perlu tahu??

Ermm..selalu je persoalan ni timbul bila seseorang individu muslim itu mengetahui dan menyedari hakikat tanggungjawab yang telah lama dipikulnya..

Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan (depend pada individu tersebut) dan cara yang paling berkesan ialah DAKWAH FARDIYAH.

(Fussilat 41:26-36)


~How to DF (Dakwah Fardiyah)???

DF ada beberapa step untuk diikuti iaitu :

1) Mewujudkan HUBUNGAN antara Murabbi dan Mutarabbi

*Seorang Murabbi perlu memilih wasilah terbaik untuk berkenalan dan saling mengenali serta menjadikan diri mudah didekati.

*Membuat penelitian dan pemilihan yang bijak dalam memilih mutarabbi.

*Perlu juga bijak dalam:

Ø MENJAGA HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH~Untuk mewujudkan hubungan dengan mutarabbi perlu juga ada hubungan dengan Allah (Al-Anfaal 8:62)

Ø MEMANTAPKAN DIRI~dengan mempertingkatkan kepercayaan diri (Ali imran 3:139) dan banyak bersabar (Luqman 31:31)

Ø MUAMALAH YANG BAIK~sering menjauhkan diri dari berprasangka kepada mutarabbi (Al-Hujuraat 49:12), bertanyakan khabar dan jangan pernah mengecilkan dan merendahkan mutarabbi di hadapan mutarabbi yang lain.


2) Menyedarkan mutarabbi dengan kesedaran AQIDAH

* setiap apa yang dibicarakan (bersembang) selitkan dan kaitkan isu-isu dengan Aqidah. Ianya perlukan ke-kreatif-an murabbi.


3) Merawat penyakit dan menambah keperluan (memahamkan mutarabbi dengan DEEN)

*Membetulkan salah faham mengenai Islam(isu-isu bid’ah dll) dan jangan pernah mengandaikan hukum islam dengan akal sendiri. Rujuk terus kepada yang pakar.


4) Memantapkan mutarabbi dengan TASAWWUR ISLAM

*memberi penjelasan mengenai cirri-ciri Islam,sistem Islam dan segalanya mengenai Islam.


5) Membangkitkan rasa TANGGUNGJAWAB dalam diri mutarabbi

* memberi penjelasan untuk menjadikan mutarabbi merasai zuoq tanggungjawab yang dipikulnya (Al-Baqarah2:30),(Ath-Thuur52:56)


6) Menjelaskan AMAL ISLAMI kepada mutarabbi

*Memberi penjelasan mengenai penglibatan secara Jamaie lagi berkesan daripada bergerak secara individu.


7) Menjelaskan mengenai penggabungan diri dalam GERAKAN DAKWAH

*Menjelaskan mengenai gerakan dakwah yang boleh melancarkan lagi misi sebenar sebagai seorang individu muslim dengan wasilah yang tertentu.


So, jangan takut atau malu untuk sebarkan kebenaran ye..Let’s Spread Our Deen of ISLAM

~perkongsian dari Akh Amir~suggestion books : “Tips menjadi Murabbi Success”, “How to Win Friends and Influence people”, “طريق الى القلوب

*sape-sape nk share@tambah dialu-alukan utk comment ye.

Friday, May 27, 2011

Baitul Muslim


Segala puji bagi Allah s.w.t, kita memujinya, meminta pertolongan dan memohon pengampunan padaNya dan kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan kita. Siapa yang diberi petunjuk tidak akan ada yang menyesatkan dan siapa yang disesatkan olehNya tidak akan ada pula yang dapat memberi hidayah..

Asslamualaikumwarahmatullahiwabaratuh…alhamdulillah syukur kerna dikurniakan dengan nikmat Iman & Islam dan jadikanlah kita antara golongan yg senantiasa bersyukur kepadaNya…

Sedikit perkongsian, mari kita sama-sama mengambil ibrah dari daurah yang lepas iaitu mengenai Baitul Muslim yg telah disampaikan oleh M.Cik Aminah.

Apa itu Baitul Muslim?

Ya, fitrah manusia sendiri yang ingin menyayangi dan disayangi..jawapan yang diberika oleh para akhowat yang sungguh bersemangat di atas persoalan di atas antaranya ialah rumahtangga ISLAM, penyatuan dua individu Muslim, melalui perantaraan, dari keluarga para Duat, tatacara perkahwinan dan sebagainya. Namun sejauh mana kita melihat institusi kekeluargaan Islam itu adakah sekadar kebahagiaan atau kita benar-benar memperhambakan diri kita untuk ISLAM & DAKWAH.. Antara institusi kekeluargaan dalam Islam adalah bertujuan untuk pengekalan dan penerusan umat manusia, perlindungan akhlak dan tatasusila, kestabilan hubungan kerohanian dan yang penting ialah proses perbentukan.

Apakah Ciri-ciri sebuah keluarga muslim?

1) Menanamkan Aqidah tauhid yang mantap di dalam diri setiap ahli keluarga

2) Menghidupkan suasana keluarga dengan suasana Islam

3) Menjalinkan hubungan baik dengan jiran-jiran

4) Menanamkan mawaddah wa Rahmah (rasa kasih saying) antara suami isteri

5) Berlapang dada dengan kekurangan pasangan masing-masing

6) Saling bertolong bantu dalam urusan rumah tangga..

Akhawat yang disayangi…

Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.

Maka beruntunglah sesiapa yang mempunyai agama..yuk kita mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk kerana IA adalah cinta yang hakiki dan abadi dan sekalipun hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …sungguh indahnya peribadi Muslim…

Apa dalil2 pensyariatannya??

Surah An-Nisa’ 4:1

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”

Surah An-Nahl:72

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?"

Surah Yassin :36

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Surah Ar-Ruum: 21

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

Surah Dzariyat : 49

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah

Alhamdulillah….Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan…. KASIH manusia sering bermusim,sayang manusia tiada abadi.Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi saw menikahi istri-istrinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga.Di jalan dakwah jugalah Nabi saw menikahi Ummahatul Mukminin..

Antara pesan M.Cik , usahlah idamkan sesuatu yang ideal. Memilih perlu tetapi janganlah terlalu. Pesan Nabi S.A.W, pilihlah yang beragama. Sebagai pejuang Islam. Itulah yang terbaik. Sesungguhnya Allah ciptakan lelaki dan perempuan untuk saling kenal mengenali, dan lengkap melengkapi…

….istikharah mencari jawapan untuk menggapai alhubfillah wa lillah,dalam doa kubersimpuh pasrah,memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah,bila jawapan itu masih tergantung di langit,maka turunkanlah,bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,maka keluarkanlah,bila jawapan itu sulit kuraih,maka mudahkanlah,jika jawapan itu masih jauh,maka dekatkanlah…petikan dari Buku Istikharah Cinta..

akhawat yg disayangi amalkanlah doa di atas ye..


Lagu tema malam tersebut…J

Jodoh dan Takdir

Album : Nasyeed Underground - Vol.1
Munsyid : MISK
http://liriknasyid.com

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan






written by : Kak Liyana Maiza Mohamed Daud

Thursday, May 26, 2011

Kenapa mereka maju?



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)

Post pendek saja, insyaAllah.

Nak kongsi satu persoalan selingan yang Ustaz Muhaimin tanya masa slot Manusia dan Kebenaran. Sebenarnya banyak soalan yang ustaz tanya, tapi saja2 lah ana suka nak recall
soalan ni.

"Kenapa negara non-muslim (cth:jepang,amerika) maju walaupun mereka tak berpegang pad
a Islam?"

Terbayang dalam kepala negara2 barat, jepun yang teknologinya subhanallah, mantap! Otak flashback keadaan di negara arab yang emm.. kureng dari segi infrastrukturnya. Jadi, kenapa ya? Islam is the only deen accepted by the Almighty, isn't it? but why does it seems like we are losing... to them? the answer is....

Sebab mereka amalkan nilai2 Islam dalam kehidupan mereka ! ^^
Kita Islam. ya memang, tapi berapa ramai antara rakyat Negara Islam yan
g betul2 amalkan nilai yang Islam dah ajar pada kita? *ouch!*

Tengok nippon... Disiplin mereka? Perngurusan masa mereka?
Tengok Chinese... Kerajinan mereka?
Tengok barat... Kebersihan mereka? (orang kata tandas awam pon sesuai untuk jadi tempat tidur, eh?)
Tengok malay... errrr...

Ehh, post ini bukan bertujuan untuk mengcondemn bangsa sendiri. Jauh sekali nak mengata umat Islam.


Tak. Nai. La'. No.

Islam vs islam, rasanya kita semua tahu kan? ;) kita mahu jadi orang islam dan beramal dengan nilai-nilai islam, kan?

Konklusinya : Kalau kita beramal dengan nilai2 yang Islam gariskan, confirm kita pon boleh jadi hebat, lagi hebat dari mereka, sebab kita ada banyak senjata yang mereka tak ada. Kita ada Allah, rasul, iman, Qur'an and the list goes on... diorang ada? ;)

Nota tambahan : Solusi isu 32, kolum beduk diketuk ada huraian yang padat pasal ni... Jom baca!

^^

Monday, May 23, 2011

Tarbiyah Dzatiyah


بسم الله الرحمن الرحيم


Pilihan ditangan anda untuk menentukan mana yang terbaik

Cuti....apa nak buat cuti ni ?? lama plak tu, 3bulan lebih..huh
Nanti bila dah cuti cane nak tarbiyah diri? naqibah, pengisian, akhwat, ustaz, ustazah semua tak ada...siapa nak tarbiyah diri aku ni !! argh..!

Mesti kekadang akan ada pertayaan begini kan...nak buat cane ni?
adakah hanya menfuturkan diri je??
oh, jangan dear bahaya ! banyak sangat halangan dan ujian kat depan tu..

* Apa yang perlu kita buat ?
Apa lagi tarbiyah dzatiyah la akhawat sayang.....:)

* Apa sebenarnya Tarbiyah Dzatiyah tue?
Tarbiyah Dzatiyah ini bermaksud "pendidikan kendiri", maksudnya kita mampu untuk mentarbiyah diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan dorongan dari ummi, ayah, naqibah, akhwat sayang dan lain-lain. Ataupun maksud yang lebih jelas adalah suatu cara-cara dan jalan-jalan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh orang Islam kepada dirinya untuk membentuk peribadi Islami yang sempurna di seluruh aspek ilmiah, iman , akhlak, sosial dan sebagainya. Dan juga menaikkan tingkatan kesempurnaan sebagai seorang manusia untuk membentuk peribadi yang sempurna ke tahap yang lebih optimum.

* Kenapa perlu sangat tarbiyah dzatiyah ini? penting sangat ke?
Penting sangat-sangat..............sebab-sebabnya adalah :

1- Menjaga diri mesti didahulukan dari orang lain
" Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnyaadalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka pada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" [ at-Tahrim 66:6]

2. Jika kita tidak mentarbiyah diri, siapa yang akan tarbiyah kita?
Ayat ini mengingatkan kita supaya menyediakan bekalan untuk akhirat dan kemenangan yang sebenar-benarnya iaitu Jannah.
" (Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari berhimpun, itulah hari pengungkapan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya kedalam syurga yang mengalir di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung" [ at-Tag'abun 64:9]

3. Hisab bersifat individu
" Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada Hari Kiamat"
[ Maryam 19:95]

4. Tarbiyah dzatiyah lebih mampu membawa perubahan pada diri sendiri.
5. Sarana tsabat (tegar) dan istiqamah
6. sarana dakwah yang paling kuat
7. Cara yang terbaik untuk memperbaiki realiti yang ada.
8. Mudah diaplikasikan bila-bila dan dimana saja.

Tarbiyah dzatiyah sangat penting untuk meningkatkan iman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah. Tarbiyah dzatiyah sangat penting dalam meningkatkan motivasi untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat kerana Allah. Tarbiyah dzatiyah juga sangat penting untuk meningkatkan mutu seni kehidupandalam menjalani urusan seharian menepati kehendak syarak Allah.

* Tapi kenapa Tarbiyah dzatiyah selalu diketepikan?

- Kurangnya ilmu dan pengetahuan tentang Quran dan Sunnah
-Cintakan dunia yang berlebihan
- Pemahaman yang salah tentang tarbiyah
- Faktor persekitaran
- Panjangnya angan-angan

* Apa kaedah-kaedah terbaik untuk memupuk tarbiyah dzatiyah ?
1- Muhasabah [59:18]
" Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab pada hari Kiamat nanti"

2. Taubat [66:8]
"Jangan lihat kecilnya dosa, Namun lihatlah pada siapa anda bermaksiat"

3. Mencari ilmu dan memperluaskan wawasan
+hadirkan diri dengan majlis-majlis ilmu
+ membaca buku-buku ilmiah
+ Ambil tahu keadaan dan informasi terkini umat Islam

4. Mengerjakan amalan-amalan iman
+ Buktikan kejujuran dan ketaatan kepada Allah
+ kerjakan ibadah wajib
+ tingkatkan amalan sunat
+ sentisa berzikir
+ Tingkatkan akhlak islamiyah

5. Terlibat dengan aktiviti dakwah

6. MUJAHADAH !
Sabar adalah bekal mujahadah

7. Sentisa berdoa kepada Allah


" yuk, tingkatkan tarbiyah dzatiyah ! " ^^

Sunday, May 22, 2011

of the chosen one :)

There are times when I feel down,
There are moments when everything makes me frown,
Even when the loads is piled up,
It's your story that enlighten me up.

You... I am amazed at your courage,
You lost your dad even before you are one-day aged,
Your mother passed away when you just barely have her by your side,
It was then your gradpa's turn to say goodbye,
Your childhood life seemed so harsh,
You have gone through so many crash,
But you have never stepped down,
If it was me I will surely drown,
You... I love your courage.

You... I am amazed at your persistence,
Going forward with full confidence,
Keep spreading His words when nobody seems to listen,
Believing in His words no matter what happens,
Saying Allah is my Lord,
You hold on to His words,
You... I love your persistence.

You... your attitude is sure a something,
There were never words of lying,
All you showed is credibility,
Your principle is honesty,
Al-amin is what they called you,
And it was even before the light came to you,
You... I love your attitude.

I know just saying I love you wont be enough,
But I will keep saying this though,
Oh Muhammad s.a.w, I love you so so much,
And may the words stay with me until my last breath.

Saturday, May 21, 2011

.: I'dad Ijazah :.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga fatrah imtihan setelah beberapa minggu berhempas pulas mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini. Namun, dalam kesibukan masing-masing cuba untuk dapatkan yang terbaik dalam final exam ini, InsyaAllah, tidak akan dilupakan tujuan sebenar hidup ini.. Bukan semata-mata untuk mendapatkan kejayaan di dunia sahaja, malahan kejayaan di akhirat juga kerana kejayaan di dunia itu sebagai satu 'alat' untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak. InsyaAllah..
Setelah berakhir exam, majoriti dari kalangan mahasiswa/i kalau boleh nak balik ke kampung halaman secepat mungkin. Namun, kami ketika itu kami masih setia di Nilai, untuk mengikuti program Rehlah Jom Jalan-Jalan pada 14 - 15 Mei yang diadakan di Bagan Lalang sebagai persediaan kami sebelum pulang ke kampung. Actually, for me.. rehlah ini juga sebagai satu wasilah untuk kami semua "recharge" our 'IMAN' yang kemungkinannya semakin lemah dek kesibukan masing2 dengan ulangkaji pelajaran dan kadangkala terleka bagi menunaikan hak kepada nya. Banyak games dan aktiviti yang diadakan sepanjang rehlah 3J ini, antaranya BBQ, Explorace, Pengisian Tarbiyyah Dzatiyyah by Kak Nida, Tayangan Video dan sebagainya. [kupasan bg slot2 ini akan di post kan pada post yang akan datang]. Kami juga diberi beberapa tugasan sepanjang program ini termasuk hafal hadith 1..


Setelah selesai rehlah 3J pada 14&15 Mei 2011, kami menyambung lagi I'dad Ijazah @ 'Utlah kami dengan berdaurah pada 16-20 Mei 2011 yang bertempat di rumah Kak Nida di Nilai Impian. Antara pengisian bagi Daurah Bina Iman ini adalah mengenai Sirah Rasulullah + Sahabat, Hadith 12 & 13, Syahadah dan Tuntutannya, Manusia dan Kebenaran, Baitul Muslim, Dakwah Fardiah, Ziarah Tokoh.

InsyaAllah, akan ada entri yang akan mengupas slot2 yang kami ikuti sepanjang daurah bina iman ini dan Alhamdulillah,banyak yang dapat kami jadikan bekalan dan pedoman daripada setiap slot dalam daurah ini bagi menghadapi hari-hari yang mendatang di jalan yang sangat panjang ini. Wallahua'lam




“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

Friday, May 20, 2011

61 : 14


Alhamdulillah.. Syukur ke atas Ilahi kerana mengizinkan kami bagi mewujudkan blog ini sebagai salah satu wasilah dakwah bagi kami. Ini adalah entri yang pertama bagi blog ini. Sebenarnya, blog ini dibina atas nasihat Kak Nida agar kami semua "share" apa yang kami dapat sepanjang daurah ini. [ Sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat ].

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nama blog kami adalah 61:14? Mungkin juga ada yang sekilas pandang pun dah tau apa maksud 61:14 ni. Sebenarnya 61:14 ini adalah bersempena daripada surah ke 61 ayat ke-14 yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."
InsyaAllah, kami akan jadikan blog ini sebagai satu wasilah untuk menyampaikan dakwah dalam usaha untuk menegakkan agama Allah dan insyaAllah, blog ini juga sebagai salah satu cara kami untuk menjadi أَنصَارُ اللَّهِ iaitu "Penolong-penolong Agama Allah ". InsyaAllah.



“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”