Wednesday, June 8, 2011

Mampu ke ??

بسم الله الرحمن الرحيم

Dakwah?? Bersedia ke aku nak 'bawa' org, ilmu tak cukup lagi, diri pon tak berapa baik sangat,
mampu ke ? huhu...ana yakin inilah persoalan yang mungkin pernah kita atau orang lain mungkin fikirkan.

Alhamdulillah, di waktu ini kita masih mengecapi nikmat Iman dan Islam, ditambah lagi nikmat tarbiyah, nikmat yang tidak ternilai yang Allah berikan pada kita. Namun bagaimana kita tunjukkan rasa syukur kita ? Adakah cukup dengan tarbiyah untuk kita je? Cukup ke sekadar kita ikut tarbiyah? Sedang orang disekeliling kita penuh dengan kemungkaran dan kejahatan, bukan ke Allah akan menimpakan azab kepada orang yg berbuat dosa tapi pada orang yang soleh juga ??

"Boleh ke suatu tempat yang aman dihancurkan?" Saidina Umar menjawab " Boleh, sekiranya orang yang berbuat kejahatan lebih daripada orang yang buat kebaikan." Jelas kan kat sini, tak ada cara lain, tidak boleh tidak kita kena juga sampaikan walaupun satu ayat dan dengan kata lain berdakwah.

Rasulullah bersabda, "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."

So ayat ini pon jelas Rasulullah suruh kita berdakwah walau hanya dengan mengajak orang solat asar & tegur kawan-kawan kalau mereka buat salah.

" Saya nak buat apa sekarang ni ? Nak ikut tarbiyah ke berdakwah? Diri pon tak betul lagi." Aminah, 21 bertanya

- Aminah kena perbaiki diri dahulu dan ajak orang lain, Hassan Al-Basri sebelum dia mengajak, berdakwah pada orang lain, dia akan pastikan diri dia dah lakukan dahulu. Tarbiyah mesti jalan seiring dengan dakwah. Dengan dakwah kita akan jadi lebih matang dan faham tentang agama.

Ana tak baik lagi? Buat apa nak ajak orang buat baik !

Sesungguhnya pemikiran di atas adalah SALAH, nak dakwah tak payah tunggu kita baik dulu. Buktinya, cuba kita tengok sejarah balik....

  • Abu Bakr , masuk islam terus berdakwah
  • Saad bin Muaz, masuk islam, terus berdakwah
  • KITA?
Sebab dengan dakwahlah, Allah akan jadikan kita baik, Allah tarbiyah kita dengan sifat SABAR, dakwah juga akan mendidik kita jadi BERANI, YAKIN dll. Senang cerita, sambil baiki diri, sambil berdakwah. Bukan baiki diri baru dakwah...itu SILAP !


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, (Al Ahzab:70)

niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al Ahzab:71)


:: sharing dari pembacaan yang ana dapat dari muqawwamah (buletin hira') utk sahabat2 yang ana kasihi sekalian dan untuk ana juga sebagai kekuatan utk terus tsabat dan kuat , semoga bermanfaat ::


Wednesday, June 1, 2011

Dakwah Fardiah [DF]



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah entri baru dalam blog ini.. Jazakillah khairan kathira buat semua akhawat yang sudi berkongsi ye. ^_^. Sebenarnya ikut planning asal nak post pasal sirah atau sahabat, tapi bila tengok post Kak Hanifah pasal DF ni rasa nak berkongsi and nak bagi sedikit penambahan melalui pembacaan buku ini sebelum ni..

Suka untuk saya berkongsi satu ayat yang ditulis di bahagian kata pengantar buku ini:

Setiap mereka yang melaksanakan DF hendaklah menentukan tempoh masa tertentu untuk dia membawa seorang mad’u ke jalan dakwah. Dia hendaklah berfikir, tekun dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk menjayakannya. Dia hendaklah menganggapnya sebagai ujian bagi dirinya.. Kejayaan dakwah fardiah yang dilakukan bermakna dia telah berjaya menambah bilangan pekerja Islam, pembawa panji-panji jihad di jalan Allah, bermakna dakwah dapat disebarkan dengan cepat, bermakna meramaikan bilangan muslimin (betul-betul muslim), dan memperkuatkan kekuatan mereka, bermakna kita telah mara ke hadapan untuk merealisasikan cita-cita muslimin…..” [ kata pengantar dari : Pusat Kajian dan Pelajaran Islam (Majalah Ad- Dakwah) ]

Mungkin kita semua dapat bermuhasabah melalui kata pengantar tersebut bahawa seorang da’ie seharusnya menentukan, menetapkan atau dalam erti kata lain mempunyai target untuk berapa lama tempoh masa yang akan kita gunakan ketika men“DF” kan mad’u kita. Dan jika kita mempunyai target bagi sesuatu perkara, sudah tentu kita akan cuba dengan sedaya upayanya untuk mencapai target tersebut. Sebelum ini saya juga pernah tertanya-tanya adakah kita sepatutnya mempunyai tempoh tertentu bagi melaksanakan DF dan berkesankanh DF kita pada orang yang di“DF”kan itu. Kata-kata di atas turut menyentuh bagaimanakah kejayaan sebenarnya DF itu, iaitu apabila seorang da’ie itu telah berjaya menambahkan bilangan pekerja Islam yang mana maksudnya seorang da’ie itu telah berjaya membina mad’u itu sehingga mereka mendapatkan kefahaman yang sepenuhnya terhadap Islam, malahan turut bersama-sama menyampaikan dakwah kepada orang lain juga.

Dalam buku ini, Mustafa Masyhur membincangkan mengenai 2 aspek iaitu:

1. Uslub dan marhalah DF

2. Keistimewaan DF & ciri-ciri para da’ie yg melaksanakannya.

Dalam post yang sebelum ini kak Hanifah dah berkongsi mengenai 7 marhalah DF, so..saya hanya nak share mengenai Keistimewaan DF& ciri-ciri para da’ie. Antara keistimewaan DF yang disampaikan oleh Mustafa Masyhur dalam buku ini ialah:

1. Mewujudkan ikatan dan hubungan antara da’ie dan mad’u dan ia berbeza berbanding dakwah ‘ammah yang tidak dapat mewujudkan hubungan secara langsung antara da’ie + mad’u.

2. Memberikan pengalaman & pelaksanaanya melakukan dakwah secara praktikal.

3. Bekalkan da’ie: hasil & bekalan untuk melaksanakan tugas dakwah.

4. Mendorong para da’ie menjadi contoh teladan.

5. Memberi kesempatan kepada mad’u bagi meminta penjelasan tentang sesuatu kekeliruan & hapuskan keraguan dlm diri bagi menyempurnakan pembentukan dirinya.

6. Hasil DF mampu mencapai angka yang berlipat ganda dalam masa yang singkat. Mcm MLM

Seterusnya adalah antara ciri-ciri penting buat seorang da’ie:

1. Ikhlaskan niat kerana Allah

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yg dipikul

3. Laksanakan tugas dengan bijaksana

4. Sikap: ramah mesra, akhlak yang baik, tidak cepat marah....dll

5. Faham cara hidup & budaya mad’u

6. Belajar & faham sirah Rasulullah à jadikan sebagai bekalan. [habiskan RM cepat2 ye!! J]

7. Hafaz Al-Quran à jadikan sebagai dalil dalam kerja dakwah.

8. Setiap perbualan+perbincangan, unsur logik akal dipandukan dengan unsur perasaan untuk membangkitkn unsur perasaan dan kejiwaan.

Wallahua’lam.. Moga-moga menjadi panduan dan bermanfaat untuk kita semua.. J

Berebut dengan ati & muni buku ni sebab tinggal 1 je lagi masa kat “LATIHAN DAKWAH INTERAKTIF” di Masjid Ladang.. Akhirnya, kami mengalah pada ati yang dah nak balik Kemaman, pastu kami pegi cari sendiri kat kedai pakcik Asmadi lepas hbs program.. ^_^

sekarang sedang mencari buku “Tips menjadi Murabbi Success”, and akan beli buku “How to Win Friends and Influence people”


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”