Monday, August 8, 2011

Abdullah bin Mas’ud


Sabda-sabda Rasulullah s.a.w:

  • "Jika sekiranya aku hendak melantik seseorang bagi memegang sesuatu tugas tanpa berunding dengan kaum Muslimin yang lain maka pastilah yang aku tabalkan itu ialah
  • Abdullah Bin Mas’ud ".
  • "Aku rela kepada ummatku apa-apa yang disukai oleh Ibnu Mas’ud dan aku marah kepada ummatku apa-apa yang dimarahi olehnya.”
  • “Apakah kamu sekalian mentertawakan betis Ibnu Mas’ud yang lebih berat timbangannya itu di sisi Allah dari berat Gunung Uhud?”

Siapakah Abdullah bin Mas’ud ??...Apakah keistimewaan Abdullah bin Mas’ud sehinggakan namanya disebut berulang-ulang kali oleh kekasih Allah???...

Sebenarnya tokoh yang bernama Abdullah bin Mas’ud merupakan salah seorang sahabat nabi yang terawal memeluk Islam..Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mas‘ud bin Ghafil. Beliau merupakan seorang pengembala kambing kepada Uqbah bin Abi Muith.. Sejak dari kecil beliau berkeperibadian mulia. Sifat ini dapat dilihat sewaktu peristiwa beliau didatangi oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as-Syidiq untuk membeli susu sewaktu beliau mengembala kambing. Beliau menolak permintaan Rasulullah dengan mengatakan kambing-kambing tersebut bukan haknya.

Setelah beliau memeluk Islam,beliau menjadi khadam kepada Rasulullah..Sewaktu itu beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah...Malahan beliau lah yang menyediakan segala keperluan harian baginda...Oleh sebab Abdullah bin Mas’ud hidup bersama Rasulullah, beliau mempunyai akhlak persis akhlak Rasulullah..

Rasulullah pernah berkata “ Ambillah Al-Quran daripada 4 orang dan salah seorang daripada mereka ialah Abdullah bin Mas’ud.Peristiwa tersebut diceritakan oleh Umar al-Khatab. Menurut Umar:

Sewaktu itu Rasulullah mengadakan perbincangan dengan Abu Bakar as – Syidiq mengenai masalah masyarakat. Umar turut berada sewaktu perbincangan tersebut. Setelah selesai berbincang, Rasulullah bersama-sama dengan Abu Bakar dan Umar melalui sebuah masjid dan disana terdapat seorang lelaki sedang mendirikan solat Rasulullah menghentikan langkahnya dan berkata “ambillah al-Quran daripada Abdulah bin Mas’ud”.....

Selain daripada itu, Abdullah ibnu Mas’ud juga merupakan seorang yang sangat-sangat cintakan ilmu.. Beliau pernah menyatakan sekiranya beliau mengetahui ada orang alim di sesuatu kawasan nescaya dia akan pergi kepadanya...Abdullah ibnu Mas’ud mempelajari lebih daripada 70 surah yang dipelajarinya secara direct daripada Rasulullah...Tetapi beliau tidak pernah berbangga diri akan ilmu yang dimilikinya malah tidak pernah merasa puas dalam menimba ilmu.. Beliau juga merupakan seorang yang jujur dengan ilmunya...Apabila ditanya mengenai masalah atau persoalan yang beliau tidak tahu jawapannya beliau mengatakan “ Allah lebih mengetahui” dan tidak lagi mambincangkan tentang persoalan tersebut...

Kalau ingin menyenaraikan sumbangan yang dilakukan oleh Abdullah ibnu Mas’ud dalam mengembangkan syiar Islam nescaya pasti memerlukan waktu yang panjang... Antara sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Abdullah ibnu Mas’ud ialah sewaktu memperdengarkan alunan Al-Quran buat pertama kali dalam kalangan kaum Quraisyh.. Waktu itu beliau volunter untuk mengalunkan kalimah-kalimah suci kepada kaum Quraisyh walaupun berkali-kali telah dihalang oleh sahabat yang lain yang khuwatir akan keselamatannya.. Namun beliau bertegas dan mengatakan bahawa Allah yang akan melindunginya..Sewaktu mengalunkan kalam Allah, Beliau dipukul oleh kaum Quraiysh yang marak akan tindakannya yang mengalunkan ajaran Muhammad ditempat mereka beribadah...Walaupun telah dipukul sehingga berdarah, Abdullah ibnu Mas’ud tidak pernah merasa serik untuk melakukannya lagi..Malahan beliau bernekad untuk melakukan perkara itu lagi pada keesokan harinya..

Setelah kewafatan Baginda Rasulullah, Abdullah ibnu Mas’ud pernah hidup dibawah kepimpinan beberapa orang khalifah antaranya Khalifah Abu Bakar as-Syidiq, Khalifah Umar al-Khattab dan Khalifah Uthman bin ‘Affan. Sewaktu beliau sakit, Khalifah Uthman menziarahi Abdullah ibnu Mas’ud..

“ Apakah perkara yang memberatimu??”... Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan dosanya... Khalifah Uthman bertanya lagi:

“ Apakah perkara yang mengembirakanmu???”....Abdullah menjawab “ mencari keredhaan Allah”...

Apabila Khalifah bertanyakkan tentang wasiat yang ditinggalkannya kepada keluarganya beliau berkata dia meninggalkan wasiat kepada keluarganya Surah Al-Waqiah.

Begitulah peribadi yang dimiliki oleh Abdullah bin Mas’ud. Semoga mendapat pengiktiibaran daripada sirah para sahabat...Wallahu ‘alam....

2 comments:

Hamba Allah said...

alhamdulillah..akhirnye ad entri baru!
^_^

ifah said...

cantik...sape yg buat??

Post a Comment