Monday, May 30, 2011

:: بلغ عني ولو آية ::

~Macam mana kita nak ajak orang-orang disekeliling kita TAHU apa yang sepatutnya diorng perlu tahu??

Ermm..selalu je persoalan ni timbul bila seseorang individu muslim itu mengetahui dan menyedari hakikat tanggungjawab yang telah lama dipikulnya..

Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan (depend pada individu tersebut) dan cara yang paling berkesan ialah DAKWAH FARDIYAH.

(Fussilat 41:26-36)


~How to DF (Dakwah Fardiyah)???

DF ada beberapa step untuk diikuti iaitu :

1) Mewujudkan HUBUNGAN antara Murabbi dan Mutarabbi

*Seorang Murabbi perlu memilih wasilah terbaik untuk berkenalan dan saling mengenali serta menjadikan diri mudah didekati.

*Membuat penelitian dan pemilihan yang bijak dalam memilih mutarabbi.

*Perlu juga bijak dalam:

Ø MENJAGA HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH~Untuk mewujudkan hubungan dengan mutarabbi perlu juga ada hubungan dengan Allah (Al-Anfaal 8:62)

Ø MEMANTAPKAN DIRI~dengan mempertingkatkan kepercayaan diri (Ali imran 3:139) dan banyak bersabar (Luqman 31:31)

Ø MUAMALAH YANG BAIK~sering menjauhkan diri dari berprasangka kepada mutarabbi (Al-Hujuraat 49:12), bertanyakan khabar dan jangan pernah mengecilkan dan merendahkan mutarabbi di hadapan mutarabbi yang lain.


2) Menyedarkan mutarabbi dengan kesedaran AQIDAH

* setiap apa yang dibicarakan (bersembang) selitkan dan kaitkan isu-isu dengan Aqidah. Ianya perlukan ke-kreatif-an murabbi.


3) Merawat penyakit dan menambah keperluan (memahamkan mutarabbi dengan DEEN)

*Membetulkan salah faham mengenai Islam(isu-isu bid’ah dll) dan jangan pernah mengandaikan hukum islam dengan akal sendiri. Rujuk terus kepada yang pakar.


4) Memantapkan mutarabbi dengan TASAWWUR ISLAM

*memberi penjelasan mengenai cirri-ciri Islam,sistem Islam dan segalanya mengenai Islam.


5) Membangkitkan rasa TANGGUNGJAWAB dalam diri mutarabbi

* memberi penjelasan untuk menjadikan mutarabbi merasai zuoq tanggungjawab yang dipikulnya (Al-Baqarah2:30),(Ath-Thuur52:56)


6) Menjelaskan AMAL ISLAMI kepada mutarabbi

*Memberi penjelasan mengenai penglibatan secara Jamaie lagi berkesan daripada bergerak secara individu.


7) Menjelaskan mengenai penggabungan diri dalam GERAKAN DAKWAH

*Menjelaskan mengenai gerakan dakwah yang boleh melancarkan lagi misi sebenar sebagai seorang individu muslim dengan wasilah yang tertentu.


So, jangan takut atau malu untuk sebarkan kebenaran ye..Let’s Spread Our Deen of ISLAM

~perkongsian dari Akh Amir~suggestion books : “Tips menjadi Murabbi Success”, “How to Win Friends and Influence people”, “طريق الى القلوب

*sape-sape nk share@tambah dialu-alukan utk comment ye.

2 comments:

Thuwaibah Shafie said...

waa..akhirnye kak hanifah muncul...
hehe..^_^
mabruk!!

fatin hussain said...

ana makin tercabar dgn kehadiran entri2 baru... huhu... ya Allah.

Post a Comment